Berapa ramai yang dekat sini baru tahu yang tak semua butter sesuai untuk digunakan untuk “baking”? Kan sekarang ni banyak resipi viral yang simple dan mudah yang kita nak try sendiri dekat rumah kan? Lagi-lagi kalau korang pengemar resipi kek Azlina Ina!
Ha tapi, korang tahu tak pemilihan butter yang betul akan mempengaruhi rasa kek, tekstur dan kualiti kek korang! Orang kata makin mahal butter, makin sedap rasa kek kita! Hmm betul ke? Jom kita tengah cara pemilihan butter yg betul!
Butter boleh dikategorikan kepada pelbagai jenis. Tapi yang selalu kita dengar adalah normal butter, yang terdiri daripada salted dan unsalted butter serta clarified butter seperti minyak sapi atau ghee. Malangnya, kedua-dua jenis butter ni bukan butter asli atau ‘pure butter’ tetapi lebih kepada marjerin! Ha kenapa macam tu? Sebab butter ni gunakan minyak kelapa sawit sebagai bahan pembuatan utamanya.

Pure Butter diperbuat daripada lemak tenusu dengan kandungan sebanyak 80%!
So, macam mana nk bezakan “pure butter” tu? Yang pertama, korang kena check kandungan bahan digunakan! Butter hanya dipanggil “pure butter” sekiranya ia diperbuat daripada lemak tenusu dengan kandungan sebanyak 80%. Kalau kurang daripada jumlah ini, ia hanyalah sekadar marjerin atau campuran butter dan marjerin.
Jadinya, butter yg kita selalu nampak dekat pasaraya macam Buttercups, Farmcows dan Twincows tu hanyalah “non-pure butter”!
Pure Butter lebih mahal berbanding butter biasa

Ha, yang kedua, tengok harga! Disebabkan kualiti yang berbeza, harga butter di pasaran berbeza antara satu sama lain. Jika harga butter yang biasa korang gunakan lebih murah daripada jenama-jenama yang lain, semak bahan-bahannya.
Mesti korang perasan kan harga butter jenama Anchor dan Buttercup tu ketara gila! Ha bukan sebab jenama je, tapi sebab kualiti yang ditawarkan butter jenama Anchor adalah lebih tinggi berbanding Buttercup! Tak hairanlah ada sesetengah pembuat kek lebih suka gunakan Butter jenama Anchor walaupun harga dia sedikit mahal. Sebab semakin tinggi kualiti butter, semakin tinggi lah kualiti pastri!

Tapi, janganlah terus buang takpun tak nak guna terus butter jenama buttercup tu. Korang still boleh guna ikut kesesuaian! Macam kuih tart takpun semperit ke still boleh guna sebab dia kurang rasa tenusu! Ha, ada lagi satu tips! Kalau nak pure butter yang murah, belilah dekat kedai baking tau, sebab harga dia murah sikit berbanding dekat pasaraya!

So, macam mana dah semangat belum nak buat kek lagi sedap raya nanti! Cubalah kalau dulu buat kek, gunakan jenama Buttercup takpun Twincows, ha sekarang cuba gantikan jenama Tartura takpun Anchor. Manatau lepas raya tetiba dah masuk order! Hihihi
📌 Nak kod promosi percuma? [Klik Sini!]
🥤 Starbucks RM2.10! [Klik Sini!]
📌 Nak tahu promosi terkini? [Follow Hargapedia!]
Leave a Reply
View Comments