fbpx

Macam mana nak pilih pasir kucing terbaik untuk Si Meowy?

Sebagai pemilik kucing peliharaan, anda tentu mahukan yang terbaik untuk si Meowy anda. Bermula dari segi pemakanan hinggalah dari segi pemilihan pasir kucing. Semestinya, penggunaan dan pemilihan pasir kucing adalah satu perkara yang penting buat yang memelihara kucing dalam rumah!

Jadi, macam mana nak pilih pasir kucing ynag terbaik untuk Si Meowy anda? Berikut adalah panduan untuk memilih pasir kucing:

1. Pilih bahan semulajadi

Memilih pasir kucing yang diperbuat dari bahan semulajadi lebih selamat sekiranya kucing anda tertelan atau termakan pasir kucing ketika membersihkan diri. Selain itu, ia lebih selamat untuk anda apabila mengendalikan atau membersihkan pasir kucing.

2. Jenis ‘clumping’ atau ‘non-clumping’

Clumping atau bergumpal adalah salah satu ciri-ciri yang menjadi perbualan antara pemilik kucing. Pemilihan jenis bergumpal mampu menjimatkan kos, ini kerana pasir kucing yang terkena najis kucing akan bergumpal, seterusnya memudahkan untuk proses pembersihan dan menjimatkan kerana anda tidak perlu menggantikan keseluruhan pasir kucing.

3. Kuasa Penyerapan yang tinggi

Kuasa penyerapan yang tinggi juga amat penting untuk kebersihan bekas pasir kucing anda. Jika pasir kucing mampu menyerap dengan pantas, najis tidak akan terkumpul atau bertakung di bahagian bawah bekas seterusnya mampu mengurangkan masa untuk membersihkan bekas pasir kucing anda dan kucing anda sentiasa bersih selepas menggunakan pasir kucing.

4. Tidak berhabuk

Penting untuk memilih yang tidak berhabuk agar ia tidak melekat pada bulu atau tapak kaki kucing anda. Risiko habuk pasir kucing juga boleh mengakibatkan penyakit berkaitan pernafasan.

Tahukah anda, Me-O juga mempunyai Cat Litter yang menepati ciri-ciri seperti diatas. Ianya diperbuat dari
bahan semulajadi, mampu mengawal bau, mempunyai kuasa penyerapan yang tinggi dan tidak berhabuk.

Pasir Kucing Me-O mempunya 4 variasi pilihan bauan sesuai untuk Si Meowy anda seperti bau Kopi, Epal,
Lemon dan tanpa bau.

Cuba Me-O Cat Litter untuk Si Meowy anda hari ini. Dapatkan dengan harga promosi di: www.pcmonlineshop.com

Lazada – [ Klik Sini ]
Shopee – [ Klik Sini ]

Gunakan baucer khas Pet Campaign di Apps Hargapedia untuk menikmati lebih penjimatan.