fbpx

Panduan Pelihara Anak Kucing

Pernahkan anda terjumpa anak kucing berkeliaran tanpa ibu kucing yang memantau? Anda ingin membawanya pulang tetapi risau tak dapat menjaganya dengan baik. Jadi, apa yang anda perlu lakukan sebagai permulaan?

Pertama kali pelihara anak kucing, ini adalah panduan pelihara anak kucing untuk anda. Jika anak kucing tersebut tidak mempunyai ibu;

  1. Bawa bertemu veterinar

Anda perlu membawa anak kucing tersebut bertemu veterinar dan dapatkan konsultasi veterinar untuk penjagaan awal.

2. Berikan Susu menggunakan botol

Dapatkan susu khas untuk anak kucing dari kedai haiwan peliharaan atau klinik veterinar dan berikan
menggunakan botol. Jangan berikan susu lembu atau susu formula kanak-kanak.

3. Sediakan tempat tidur yang selesa

Anak kucing perlukan tempat tidur yang selesa dan pastikan ia berada pada suhu selesa, pastikan ia tidak terlalu sejuk dan tidak terlalu panas.

4. Kenalkan makanan berbentuk pepejal

Setelah anak kucing anda mencapai umur 4 – 6 minggu, anda sudah boleh mula memperkenalkan dengan makanan berbentuk pepejal. Campurkan susu dengan makanan kering formula anak kucing atau makanan basah formula anak kucing.

Me-O mempunyai pelbagai variasi makanan kucing formula untuk anak kucing, makanan jenis kering dan
makanan basah.

Berikan makanan kucing mengikut panduan pemberian makanan seperti yang disarankan dibawah:

Dapatkannya secara online di Dapatkan makanan kucing Me-O di: www.pcmonlineshop.com

Lazada – [ Klik Sini ]
Shopee – [ Klik Sini ]


Dapatkan baucer di apps Hargapedia sempena Pets Campaign Hargapedia 2021 dan anda boleh mula
membeli belah secara online dengan penjimatan.