Harini Hargapedia nak share resepi Khairul Aming sos thai. Kita nak share resepi khairul aming ayam thai sekali. Bulan puasa dah nak dekat. Mesti tak sabar nak tunggu kemunculan video 30 hari 30 resepi Khairul Aming kan? Jom sini kita share resepi ayam thai dulu. Korang kena cuba resepi sos thai viral ni. Memang sedap! Sebab resipi ni la susah nak cari Sos Tiram Mahsuri kan. Semua tempat habis! Ramai yang dah cuba dan jadikan resipi ni sebagai menu harian. Jom cuba!
Kalau susah sangat nak cari sos tiram tu korang beli dekat sini je!

Jangan lupa guna voucher free shipping Lazada dekat sini!
Bahan2/Ingredients:
[Ayam Tiram]
🌕1/2 ekor ayam (1/2 whole chicken)
🌕Garam (salt)
🌕5 sudu sos tiram Mahsuri (5 tbsp Mahsuri oyster sauce)
🌕1 sudu kicap manis pedas Mahsuri (1 tbsp Mahsuri sweet and spicy soy sauce)
🌕1/3 cawan minyak masak (1/3 cup cooking oil)
[Sos Thai]
🌕6 biji cili (6 chillies)
🌕5 ulas bawang putih (5 cloves garlic)
🌕1 sudu sos tiram (1 tbsp oyster sauce)
🌕2 sudu sos ikan (2 tbsp fish sauce)
🌕3 sudu gula (3 tbsp sugar)
🌕3-4 biji limau nipis (3-4 limes)
🌕Daun ketumbar (coriander leaves)

Cara-cara penyediaan perapan ayam:
- Satukan semua bahan dan lumur sebati pada ayam.
- Bakar dalam air fryer atau oven pada suhu 180-200°C selama 20 minit.
Cara-cara penyediaan sos:
- Satukan bawang putih dan cili padi merah. Tumbuk sampai lumut menggunakan lesung.
- Masukkan bahan lain dan gaul semua bahan sampai sebati.
- Akhir sekali curahkan ke atas ayam yang sudah masak.
#resepikhairulaming #resepikhairulamingsosthai #sosthaikhairulaming #resepisosthai #sosthaiviral #resepiayamkhairulaming
Leave a Reply
View Comments