fbpx

STOP! Jangan bagi kucing anda makan makanan ini!

Kucing merupakan haiwan peliharaan yang paling manja dan comel. Apabila anda melihatnya pasti anda ingin memberinya makanan dan minuman yang sedap. Tapi tahukah anda perlu STOP atau jangan berikan kucing anda makan makanan ini!

Berikut adalah senarai makanan yang tidak boleh diberikan kepada Si Meowy anda:

  1. Susu Lembu, Cheese atau produk tenusu lembu lain
banding harga compare price

Kucing adalah sejenis haiwan ‘lactose intolerant’, yang bermaksud kucing tidak sesuai dengan susu lembu dan produk berasaskan susu lembu.

2. Coklat atau Kopi

Komponen yang terdapat dalam serbuk koko, dikenali sebagai teobromina, adalah toksin kepada kucing. Ia boleh mengakibatkan degupan jantung abnormal, sawan dan kematian. Kesan yang sama juga jika kucing diberikan kopi atau kafein.

3. Daging, Ikan atau Ayam mentah

Memberikan kucing anda makanan ini dalam keadaan mentah boleh mendedahkan kepada bakteria Salmonela dan jangkitan E.coli yang mengakibatkan keracunan makanan!

4. Makanan Haiwan lain seperti Makanan Anjing

Makanan haiwan diformulasikan untuk memenuhi keperluan haiwan tersebut. Sekiranya anda memberikan
makanan anjing untuk kucing anda, anda mendedahkan kucing anda kepada kekurangan zat.

5. Bawang Merah dan Bawang Putih

banding harga compare price

Terdapat bahan di dalam bawang yang bertindak sebagai toksin yang memusnahkan sel darah merah kucing
seterusnya mengakibatkan anemia.

6. Makanan dalam tin manusia seperti Sardin atau Tuna dalam tin

Ikan sardin atau tuna dalam tin untuk manusia mengandungi amaun garam yang tinggi untuk kucing dan
kandungan nutrisi yang tidak sesuai dengan kucing.

Kami faham anda mahukan yang terbaik untuk kucing anda. Berikan kucing anda makanan kucing Me-O kerana:

Mempunyai pelbagai jenis

Jenis kering, basah dan treat sesuai untuk melengkapi keperluan nutrisi Si Meowy anda.

Mempunyai pelbagai pilihan variasi

Me-O menawarkan pelbagai variasi pilihan untuk menepati citarasa Si Meowy anda. Terdiri daripada daging lembu, ayam sehingga makanan laut.

Bukan sahaja sedap, malah mengandungi nutrisi lengkap:

•Taurina
• Vitamin C
• Elakkan FLUTD
• Omega 3&6
• Zink
• Rendah Sodium
• Kalsium, Fosforus dan Vitamin D

Sumber dari: Perfect Companion