Diam tak diam esok kita dah start puasa! Mesti ramai yang sedang mencari idea menu-menu atau pilihan makanan yang paling bertahan lama supaya kita tidak mudah letih, penat dan lesu.
Sahur sangat penting bagi individu mempunyai gastrik, ibu mengandung, ibu yang menyusukaan bayi mereka, uzur dan orang yang aktif!
Berikut saya kongsikan antara makanan yang tahan lama dan baik diambil ketika sahur!
1.Oatmeal
Oatmeal antara salah satu makanan yang paling ringkas dan menjadi pilihan bagi mereka yang tinggal seorang! Tapi tahukah anda? Oat mempunyai kandungan serat yang tinggi dan protein yang diperlukan oleh badan kita, jadi ia boleh bertahan dan tak buat kita cepat lapar!

Menarik bukan? Kalau nak elakkan rasa muak, letakkan variasi buah-buahan! Sekarang kan ada banyak resipi oat yang menarik dah sihat yang kita boleh ikut!
2. Telur
Seterusnya, makanan berasaskan telur! Korang mesti tak sangka kan telur antara makanan yang boleh buat kita kenyang sepanjang hari. Ini kerana, telur bekalkan sumber protein dan tenaga untuk kita!

Patutlah dulu, mak mak kita masakkan telur goreng pun kita masih rasa bertenaga! Tapi takkan lah sebulan puasa nak makan telur goreng kan? Ha, dekat facebook Hargapedia (BM) ada kongsikan resipi telur menarik!
3. Kekacang
Kacang juga merupakan sumber protein yang baik. Kacang sangat sesuai dimakan ketika sahur sebab ia kaya dengan serat, anti oksidan, vitamin B dan zat besi! Ha sesuai betul untuk elakkan kita rasa lesu semasa bulan puasa!

Tahu tak kalau orang yang tengah diet digalakkan sangat untuk makan kekacang ni, sebab dia akan bantu kawal nafsu dan keinginan nak makan kita! Ha takdelah masa berbuka nanti makan banyak-banyak! Boleh lah sambil-sambil tu kita diet!
4. Epal
Ha! Jangan tak tahu pula ya buah epal juga antara makanan yang boleh buat kita tahan kenyang sehingga berbuka. Ha, jangan lupa simpan stok epal banyak-banyak! Senang lah nanti kalau terlambat banun, boleh terus kunyah epal je!
5. Kurma
Yang terakhir sekali, buah kurma! Buah yang paling popular semasa ramadan. Korang mesti tahu kan khasiat kurma? Menurut pakar pemakanan, ibu mengandung disaran untuk mengambil kurma untuk pembentukan darah sebab kurma ni kaya dengan zat besi!

Ha, kalau macam takut tak kenyang makan kurma sahaj! Boleh juga minum Susu kurma! Kan sekarang ni dah bermacam susu kuma di pasaran! Kita boleh pilih je yang mana sesuai dengan citarasa kita. Tak susah pun nak cari makanan yang boleh buat kita kekal bertenaga! Yang penting kita tahu apa yang terbaik untuk badan!
📌 Nak kod promosi percuma? [Klik Sini!]
🥤 Starbucks RM2.10! [Klik Sini!]
📌 Nak tahu promosi terkini? [Follow Hargapedia!]
Leave a Reply
View Comments