fbpx

Tips Penjagaan Bulu Kucing agar Bulu Gebu dan Bersinar!

Kucing merupakan antara haiwan peliharaan yang menjadi pilihan orang ramai disebabkan teletahnya yang comel. Tak kira lah tua, dewasa atau muda semuanya suka memeluk dan mengusap kucing. Lagi-lagi jika kucing itu memiliki bulu yang gebu dan lebat! Rasa macam sedang memeluk patung beruang yang besar!

Tapi, tahukah anda untuk mendapatkan bulu kucing yang gebu seperti itu tak susah pun! Hanya perlukan kesabaran dan kesungguhan sahaja! Berikut kami kongsikan 3 tips untuk mendapatkan bulu kucing yang gebu dan sihat:

  1. Mandikan dengan air suam

Anda mestilah memandikan Si Manja sekurang-kurangnya 2 minggu sekali dengan menggunakan air suam. Kenapa kita tak boleh menggunakan air sejuk semasa memandikan kucing? Ini kerana jika kita menggunakan air sejuk, dikhuatiri si Manja kita tidak dapat menahan sejuk.

Credit Caster.com
Compare-Home-Appliances

Pastikan anda menyiram air secara perlahan-lahan dan kalau boleh mulakan dengan bahagian punggung dan ekor! Jangan! Jangan sesekali merendam seluruh badan kucing ke dalam singki atau besen yang berisi air penuh kerana ini boleh membuatkan kucing tertekan!

Pastikan air tidak masuk ke dalam telinga, jika tidak kucing anda mungkin akan terkena jangkitan yang serious. Sekiranya anda tidak yakin untuk memandikan sendiri, anda boleh menghantar kucing anda ke spa kucing! Lagi selamat!

2. Menggunakan kuning telur

Telur sebagai bahan untuk melebatkan bulu kucing merupakan salah satu cara yang terbukti berkesan dan digunakan secara meluas! Caranya adalah memberi kucing anda makan kuning telur setiap minggu atau sekurang-kurangnya sebulan sekali!

Anda boleh mencampurkan kuning telur dalam makanan mereka. Saya nasihatkan anda untuk merebus telur ayam sebelum diberi kepada kucing. Ini kerana telur mentah atau kurang matang datang dengan risiko Salmonella, E. coli, dan Campylobacter. Bakteria ini biasanya ditemui melalui daging, ayam, dan telur yang tercemar.

credit: google

Telur berperanan untuk melebat dan merawat bulu gugur. Apabila memberi telur kepada kucing anda untuk kali pertama, lihat tanda-tanda seperti ruam, muntah, atau cirit-birit. Sekiranya ada tanda-tanda ini, segeralah merujuk doktor haiwan anda. Ini dikhuatiri kucing anda mempunyai alergi terhadap telur!

3. Makanan

Antara cara lain yang mudah dan selamat untuk kucing anda adalah memberi makan makanan yang kaya dengan Omega 6 dan Omega 12 yang terbukti berkesan memberi kilauan pada bulu kucing.

Ikan salmon, sardin, parang, tuna dan kembung adalah contoh ikan yang bagus untuk melebatkan dan mencantikkan bulu kucing anda! Jika anda malas, anda boleh juga mencari makanan kucing yang mengandungi bahan ini!

Memiliki kucing yang gebu dan berbulu lebat sememangnya menjadi impian setiap pemilik kucing. Lebih-lebih lagi bagi pemilik kucing kampung. Tetapi, memastikan kucing anda berada dalam keadaan selesa dan sihat ini lagi penting!

FREE Mknn Kucing!

📌 Nak kod promosi percuma? [Klik Sini!]
🥤 Starbucks RM2.10! [Klik Sini!]
📌 Nak tahu promosi terkini? [Follow Hargapedia!]

Lazada-Milo