fbpx

[Resepi] Cornflakes Madu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Biskut raya lagi, tapi yg paling senang. Kalau buat biskut Cornflakes madu ni, tak boleh awal2….sekejap je dah kosong balang kuih. Satu keluarga suka sangat makan cornflakes madu ni. Kali ni saya buat 2 adunan sekali, puas anak2 dan suami makan. Tak perlu risaulah biskut ni sampai raya ke tidak. Pada kwn2 yg masih bertungkus lumus nak buat biskut raya tu, bolehlah cuba resepi ni…mudah tapi sedap. Jom semak resepinya

 

Bahan A
125 gm butter
1/2 cwn brown sugar
1 cawan madu

Bahan B
1 kotak cornflakes Nestle (500gm)
1 cwn kismis
1 cwn badam cincang /gajus- di pakar sebentar dan sejukkan

Hiasan
Mangkuk kertas kecil
Ceri merah dan ceri hijau diptng kecil

Cara-Cara
1) Panaskan bahan A sehingga butter cair. Setelah cair, masukkan bahan B dan gaul rata. Guna api sederhana dan sentiasa di kacau.
2) Sudukan ke dalam mangkuk kertas kecil.
3) Hiaskan dengan hirisan ceri merah dan ceri hijau.
4) Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 170’C selama 8-10 minit.
5) Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

 

Sumber: http://yatiememories.blogspot.my/2013/08/cornflakes-madu.html