fbpx

5 Panduan & Cara Simpan Susu Perahan Ibu yang Mudah!

Susu ibu mengandungi spesifikasi biologi. Amaun nutrien yang tekandung di dalam susu ibu akan berubah-ubah mengikut keperluan tubuh badan bayi. Bakteria yang ada di persekitaran bayi dan ibu akan menyebabkan ibu menghasilkan antibodi untuk melawan bakteria tersebut.

Terdapat beberapa tempat yang boleh djadikan sebagai stor menyimpan susu. Yang pertama ialah peti sejukbeku (deepfreezer). Susu perahan yang disimpan di dalam peti sejukbeku ini boleh bertahan selama lebih kurang 6 bulan. Selain itu, peti ais juga boleh dijadikan tempat untuk menyimpan susu perahan. Untuk peti ais satu pintu, susu perahan boleh bertahan selama lebih kurang 2 minggu di dalam peti sejukbeku yang biasanya di sebelah atas. Manakala jika peti ais anda mempunyai bahagian sejukbeku yang berasingan pintunya, susu perahan dapat disimpan Antara 3 hingga 4 bulan.

Kepada ibu yang memerah susu di pejabat, anda boleh terus menyimpan susu perahan di dalam ‘cooler bag’ jika tiada peti ais di pejabat. Jangan risau kerana susu perahan yang disimpan di dalam ‘cooler bag’ yang terdapat pek ais akan bisa bertahan selama 24 jam. Walaubagaimanapun, tempoh yang ideal ialah lebih kurang 8 hingga 10 jam bergantung kepada keadaan pek ais anda. 

Selain daripada mengambil tahu perihal tempoh simpanan dan tempat menyimpan susu perahan, anda juga perlu menitikberatkan beberapa perkara di bawah dalam proses penyimpanan susu perahan.

  1. Letakkan susu perahan anda di bahagian paling dalam di dalam peti sejuk atau peti sejukbeku. Elakkan dari meletakkan susu perahan di bahagian pintu peti ais. Ini adalah untuk mengekalkan suhu susu tersebut.
  2. Hindari dari mencampurkan bahan basah anda yang lain seperti ayam, daging, ikan dan sebagainya dengan susu perahan. Bau dari bahan basah tersebut akan mempengaruhi susu perahan dan dikhuatiri tidak sedap dinikmati oleh bayi anda.
  3. Susu yang telah dicarikan tidak boleh dibekukan semula. Kualiti susu dan nutriennya kemungkinan akan berkurangan atau tiada lagi.
  4. Anda tidak seharusnya mencampurkan susu perahan dengan sewenang-wenangnya. Susu perahan hanya boleh dicampur jika diperah pada hari yang sama dan juga berada di dalam keadaan suhu yang sama sahaja. Susu yang telah disejukkan tidak boleh terus dicampur kepada susu yang baru diperah. Sejukkan suhu perahan yang kedua terlebih dahulu agar suhunya sama sebelum mencampurkan kedua-duanya.
  5. Gunakan botol atau plastik khas untuk menyimpan susu. Botol yang tidak diiktiraf sebagai botol menyimpan susu akan dikhuatiri mempengaruhi susu perahan.