Siapa pernah cuba Ngaku Chips ni? Sedap tau! Admin makan sambil tengok Netflix je 😂 Nak tahu mcm mana rupa ngaku ni? Sini admin tunjuk

Haa dari tu boleh jadi chips macam ni tau 😍

Haa terliur pula admin tengok gambar ni 🤤 Nak buat sendiri la. Sini admin ada jumpa resipi paling mudah untuk buat Ngaku Chips ni, Jom cuba!
Bahan-Bahan
- Ngaku
- Garam
- Minyak masak untuk menggoreng
Langkah
- Potong bahagian tampuk ubi ngaku atas dan bawah & buang kulit dia. Basuh bersih-bersih. Lepas tu potong nipis-nipis dengan pisau atau slicer kalau nak lagi senang. Tapi kena potong senipis yang boleh eh, sebab lagi nipis lagi rangup kejadiannya nanti.
- Panaskan minyak dalam kuali. Taburkan garam secubit je ke dalam minyak panas, tak payah banyak-banyak sangat sebab ngaku ni dah cukup sedap rasanya. Lepas tu boleh start masukkan ngaku yang dah dipotong nipis tadi dalam minyak yang dah panas. Lerai-leraikan masa masuk tu supaya tak melekat kepingan ngaku tu sesama sendiri.
- Biarkan dalam kuali sampai kepingan ngaku tu berwarna kuning keemasan & bahagian tepi dia berwarna coklat kegaringan. Tak payah balik-balikkan, biar dia duduk elok-elok dalam tu sampai dia ready.
- Bila dah ready, angkat dan toskan minyak, lepas tu letak dalam dulang beralaskan tisu dapur. Time ni boleh balik-balikkan supaya semua minyak yang lebih-lebih tu diserap tisu. Siap!

Jangan lupa bandingkan harga di Hargapedia ya!
- 📌 Dapatkan kod promosi PRECUMA! [Klik Sini!]
📌 Nak tahu promosi terkini? [Follow Hargapedia!]
Leave a Reply
View Comments